Monday, August 10, 2009

JEMPUTAN : Flea Market dan Carbootsales di Serdang, Selangor

Salam semua,

Saya, Mohd Azmi Ghazali selaku Timbalan Yang Dipertua Persatuan Idea & Usahaniaga Malaysia (MEIAS) ingin menjemput individu/organisasi/NGO yang mahu membuat 'jualan amal' untuk mengumpul dana untuk pertubuhan yang diwakili.

Kami adalah penganjur bazaar@maeps yang diadakan pada setiap Sabtu di Pintu 2, TAPAK Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Bazaar ini berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 11 malam.

Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pertubuhan/persatuan untuk menjalankan aktiviti berfaedah di bazaar ini.

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada individu atau syarikat yang ingin membuat promosi produk atau berhasrat menjayakan sebarang kejohanan/pertandingan di bazaar@maeps ini.
Tuan/puan boleh berhubung dengan saya di talian 016-2282910 untuk perbincangan.

Keterangan lanjut boleh layari website http://www.meias.org

Terima kasih.

0 comments: